|
|
| Friday, 5-Sep-2008 07:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dani & Darwisy Birthday Bash
|
|
Semua foto dan rekabentuk oleh : Shah
Terima kasih kepada Kak Farah selaku penganjur party ni kerana menjemput saya walau baru je kenal... Tapi saya buat macam dah kenal lama. Cuma tak dapat sembang lebih lama dengan geng-geng FP Utara di majlis ari tu...
Tapi yang pasti, saya dan isteri telah pulang dengan senyuman puas. Bukan puas pasal dapat makan free, tapi puas sebab dapat kawan-kawan baru...
Yang tak seronoknya, anak saya tiba-tiba demam. Waduh, paginya saya yang rasa nak demam. Alih-alih, anak saya pula yang demam. Sebelah malamnya terus bawa dia ke spital pasal dia takmau makan ubat. Doktor bagi ubat kot punggung dia... Pastu esoknya terus ok...
Dikesempatan ini sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Kak Farah, Kak Zai, Kak Azie (sebab kenalkan dgn kak Farah) dan ramai lagi kawan-kawan FP yang turun ari tu... Maaf tak berapa kenal nama. Baru kenal, katakan...
Lain kali kalau ada apa-apa gathering lagi, contact la saya...
Shah,
Pengurus, jurufoto
Fotografi IndahPandang
www.indahpandang.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 03:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penganugerahan
|
|
Daripada Kak Zai, http://zbintim.fotopages.com
Terima kasih kepada kak Zai...
Lawati FP perkahwinan saya disini
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Aug-2008 03:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Praktikal Solekan Pengantin - September 2008
|
|
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak pengurusan
Shah,
019-4633007
shahmar_5003@yahoo.com
www.indahpandang.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Aug-2008 02:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar Kek Bersama Famili
|
|
Cari-cari kad memori, terjumpa kad lama 128 mb. Buka tgk isi dia jumpa la gambar masa makan kek kami satu famili. Anak saya suka sgt kek tu...
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Kek ni kami beli kat King's di Tesco Extra Sg. Dua, Pulau Pinang. Isteri saya berkenan, kami terus amik. Sedap gak... Simpan dalam peti sejuk, saya tolong habiskan. Isteri saya nak makan pun tak sempat... Hehehe...
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Makan-makan macam ni bukan selalu boleh buat. Kek pun sebenarnya tak berapa baik untuk kesihatan kalau makan banyak-banyak... Tapi bak kata orang, selagi boleh makan kita makan. Nanti dah tak boleh makan kempunan pulak... Terliur jer nanti...
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Foto Oleh : Shah with 50mm f1.8 lens (manual focus)
Tgk tu anak saya, punya kusyuk makan kek... Kadang-kadang kami pegi makan kat Secret Recipe, Secret Garden... hehehe... Mana ada secret garden... Saja jer nak taip...
Foto Oleh : Shah 18-55mm lens
Yang satu ni jer gambar baru. Baru amik ari ahad yang lepas (17hb Ogos 2008). Helmet berat macam tu pun anak saya ni nak pakai... Sampai senget-senget kepala dia.. Hehehe... Itulah namanya budak-budak... Suma nak main...
Shah
www.indahpandang.com
012-5055003 | 019-4633007
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 01:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anakku bermain-main menjadi model (?)
|
|
Melihat gelagat anak membesar serring kali menggeletek jiwa. Apatah lagi jika anak itu pandai menggayakan sesuatu 'pose'. Hari Jumaat, 18hb Julai 2008. Bosan duduk saja tgk isteri design album, terus ambik kamera dan apa lagi, snap gambar anak banyak-banyak. Hehehe... Studio takdak, guna dinding rumah jer...
Foto Oleh : Shah
Maaf ler, anak saya ni seksi sikit... Maklum la dah pukul 11 malam, nak tidur dah pun...
Foto Oleh : Shah
Anak saya ni pandai dengar cakap sebenarnya. Apa-apa pose yang dia buat tak sempat saya snap, bagitau kat dia suruh buat balik, dia buat. Mulanya saya pun terkejut sebab selama ni dia takmau dengar cakap. Tapi malam tu best pulak. Macam mengarah model buat pose pulak...
Foto Oleh : Shah
Tengoklah gaya dia, macam bagi amaran kat saya pulak...
Foto Oleh : Shah
Rugi sebenarnya kalau kita tak simpan memori tumbesaran anak kita ni. Sebab diorang cepat membesar. Pejam celik dan besar, masa tu kita akan terfikif dan teringat zaman kanak-kanak dia dulu. Masa tak boleh berpusing dah, walau macam mana kita buat. Hanya memori yang akan kekal bersama selagi hayat dikandung badan.
Foto Oleh : Shah
Betul tak apa yang saya tulis kat atas tu? Betul la, tengok anak saya senyum tanda setuju. Hehehe... Nak abadikan kenangan anak? hubungi jer saya, 012-5055003, 019-4633007
Foto Oleh : Shah
Semoga anak saya sihat sentiasa dan selalu ceria. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jul-2008 03:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Permintaan Dari Klien dan Rakan
|
|
Beberapa hari ini, entah kenapa ramai yang telefon bertanya pasal pakej fotografi untuk cukur jambul anak mereka... Mungkin diorang suma ni lahir pada masa yang sama kot... hehehe... Slalunya jarang-jarang dan kadang-kadang, ini bagaikan dijanji, tiga-empat call bertanya pasal pakej fotografi untuk majlis cukur jambul anak mereka.
Jadi bagi tidak mengecewakan ramai pihak, saya senaraikan satu pakej yang saya wujudkan khas untuk klien dan bakal klien saya agar lebih memudahkan urusan semua pihak...
Cukur Jambul
1 Korean Style Album 6"x6"
1 CD Imej
1 Foto dan Frame
RM 250 Sahaja. (No hidden charge)
Juga untuk sesi fotografi ulangtrahun kelahiran, anda boleh mendapatkan pakej seperti diatas, sama dan serupa.
Hubungi saya segera untuk melihat contoh dan sesi perbincangan. Anda juga mungkin akan mendapat diskaun dari pihak Fotografi IndahPandang. Hubungi segera (sms pun boleh maa...) 012-5055003, 019-4633007
Shah,
Founder & Jurufoto,
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003, 019-4633007
Parit Buntar, Kulim dan Penang
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Jul-2008 02:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu Yang Lepas...
|
|
Hehehe.... Ketawa pula saya... Ketawa tu tandanya gembira tiada duka... Tapi, kenapa saya gembira? Pasal dapat PC baru... Laptop masuk bengkel belum keluar lagi sampai sekarang... Teringat kat laptop kesayangan saya tu... Pasal itulah komputer pertama saya... Dengan laptop tu la saya buat keja design album pengantin dan dah balik modal pun untuk dia... Tapi, dah tiga kali kena masuk bengkel untuk mencergaskan mindanya.
Foto oleh : Hafiz Nikon D40
Hensem tak saya? hehehe... Perasannya saya nih... Tapi pada perasaan saya, hensem la kot, kalau tak, takkanlah dulu saya boleh dapat 2-3 orang awek sekaligus... Itu dulu, sekarang nih saya hanya setia pada isteri saya seorang. Tiada lain di hati saya... Kecuali anak dan ibu bapa serta adik saya ler...
Nak tengok anak saya ber'posing' pula? Ni dia...
Foto oleh : Hafiz Nikon D40
Ha... itu anak saya... Nampak jer kamera, kalau tak terkam mesti nak suruh amik gambar... Budak-budak sekarang ni cepat membesar dan bijak-bijak belaka. Tak macam zaman mak saya besarkan saya dulu... Perkembangan anak saya, sekarang dia dah tak mahu disuap semasa makan. Dia akan minta pinggan dan sudu garpu dia sendiri. Kalau tak bagi, habis pinggan saya dan isteri pula kena kacau.
Foto oleh : Shah Nikon D60
Gambar-gambar kat atas diambil semasa saya pegi cover majlis perkahwinan di Yan, Kedah pada 6hb Julai 2008 yang lalu. Siap buat outdoor dengan vespa tu... Nampak klasik masa pengantin naik vespa. Nak tengok gambar pengantin naik vespa? Nanti-nanti saya upload kat http://indahpandang.fotopages.com tapi taktau bila. Tunggu je la...
Lawa tak isteri saya? Mesti la lawa, dah isteri saya. Betul tak? Saya sayang isteri saya ni tau... Bukan senang nak dapat.
Foto oleh : Marnie Nikon D60
Kat atas ni pula gambar saya dan anak yang amat saya sayangi (selain isteri saya). Nak tahu satu cerita?
Masa zaman bercinta dulu, saya dah simpan nama anak saya nih. Masa tu saya belajar kat Kolej di Ipoh. Nama asalnya Aireen Nartasha Shah. Tapi isteri saya tak berkenan. Saya pun takmau guna terus nama Nartasha tu pasal kat kampung isteri saya dah ada jiran nama Natasha. Satgi kalau saya guna Nartasha juga, orang ingat berkenan kat nama anak dia pula. Natasha tu baru 8 tahun. Isteri saya nak 'Nur' pada anak kami. Jadi bila dah dilahirkan (sudah tentu saya ada dlm labour room tolong sambut skali) saya buat keputusan letak Nur Aireen Nartasha. Isteri saya tak berkenan. Saya pun buka tawaran kat famili untuk letak nama belakang dia. Kak ipar saya berkenan pula dengan 'Alya' pasal masa tu kat TV tengah meletup cite 'Bawang Merah Bawang Putih'. Alya dalam cite tu pun lawa. Hehehe... Berkebetulan pula, anak mak teh saya pun lebih kurang tapi ejaan lain, sebutan tetap sama. Jadi, secara rasminya nama anak saya Nur Aireen Alya... Nasib baik NAA bukan MAA... Kalau tidak mesti syarikat insurans MAA minta jadi duta diorang... hehehe...
Foto oleh : Shah Nikon D60
Gambar ni pula masa kat Queenbay Mall 5hb Julai 2008 menonton Gempak Selebriti Astro. Saya pegi bersama isteri, anak dan bakal adik ipar saya Wani. Saya pi semata-mata nak tengok Zizan jer... Peminat Zizan ni... Jangan gelak tau... 'Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!' Hehehe...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Jun-2008 03:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Custom Album Untuk Baby
|
|
Salam sejahtera... Kali ni saya nak tunjuk gambar contoh custom album yang pihak saya buat untuk abadikan kenangan semua klien yang sudi mengambil saya untuk memotretkan diri mereka...
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
Apa yang istimewanya custom album ni? Pertama sekali ia berkulit keras. Bukan saya kulit, setiap muka dalam tu pun keras dan tebal. Gambar-gambar yang dicetak kat atas tu tahan lama, tidak pudar dan tidak kekuning-kuningan seperti yang terjadi kepada gambarfoto yang kita cetak di kedai.
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
Album ni kalau kena air hujan atau ada air yang tumpah keatasnya, hanya perlu dilap secara berhati-hati. Perkara ini dijamin oleh pengilang.
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
Album ini membawa bersama 'eksklusif' yang ada bersamanya dan membuatkan pemiliknya kelihatan eksklusif dan elegan.
Pakej Fotografi Kanak-kanak
Pakej A
Album 8"x6"
Foto 8R 2 keping
CD Imej
RM333
Pakej B
Album 8"x12"
Foto dan Bingkai 12"x15" 1 keping
CD Imej
VCD Slideshow
RM700
Semua sesi penggambaran perlu dibuat secara 'outdoor' atau dirumah. Tiada studio disediakan.
Untuk tempahan sila hubungi Shah 012-5055003, 019-4633007
Shah
founder, jurufoto
Fotografi IndahPandang (PG0218913-P)
012-5055003, 0194633007
Parit Buntar, Penang & Kulim
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Jun-2008 02:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Ini Di Malaysia
|
|
Hehehe... Jangan kaitkan tajuk diatas dengan apa yang saya nak tulis di sini... Saja jer letak tajuk kat atas macam tu... Bosan sebenarnya hari ini.. Dahalah kat tempat keja ni suram jer... Cuaca pun suram jugak... Tadi hujan renyai-renyai sikit... Nasib baik tak ujan... Nak gi deliver album kat klien, tepon dia kata nenek dia meninggal. Esok baru boleh amik...
Apa cerita kita? Tengok gambar anak saya dulu...
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
Ada orang yang cepat lupa dengan apa yang dia kecapi selama ini. Kadang-kadang tak bersyukur. Itu bukan masalah kita, itu masalah dia. Apa yang menjadi masalah kita adalah apabila dia lupa yang dia ada kawan dan kawan itu juga bagai sebahagian dari hidup dia.
Kita semua mempunyai kawan dan seharusnya kita melayani kawan sebaik mungkin. Hatinya perlu dijaga, jika kita mahu hati kita juga perlu dijaga. Pertuturan perlu baik, tidak menyinggung kawan. Panggilan kepada kawan juga penting. Walaupun diri kita seorang yang happy go lucky dan bersikap tidak kisah, kita perlu ingat akan satu perkara... kawan kita bukan macam kita walau dia boleh menjadi seperti kita.
Foto oleh : Shah (Nikon D60)
Sukar sebenarnya nak menjaga hati kawan-kawan. Tidak cukup setakat belanja makan-minum. Tidak cukup juga setakat tolong kawan selesaikan sesuatu perkaranya. Dalam pergaulan, kita telah disuruh agar tidak menyinggung mana-mana perasaaan dan sentiasa berbuat baik sesama insan di muka bumi ini.
Dari kata-kata boleh menjadi penyebab akan keretakan sesuatu hubungan. Tidak terikat pada hubungan antara kawan, malah hubungan suami-isteri juga retak hanya berpunca dari kata-kata yang keluar dari mulut kita.
Susah sebenarnya...
Banyak perkara yang perlu kita belajar lagi tentang cara pergaulan. Bagaimana nak menjaga hati, bagaimana komunikasi yang baik, bagaimana nak mengekalkan hubungan dan pelbagai pengetahuan yang perlu dicari...
Foto oleh : Shah (Nikon D60)
Kita hidup didunia ni bukan hanya diri kita. Ada ramai lagi umat manusia yang bersama-sama mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Yang celik dan mampu membaca, menulis mengumpul pengetahuan dari internet dan membuat perniagaan sendiri. Bagaimana pula bagi mereka yang tak mampu melihat seperti kita? Mereka juga sama seperti kita sebenarnya. Tiada bezanya, hanya mungkin dari zahiriah ada kelihatan sedikit perbezaan. Dari segi emosi dan perasaan, mereka serupa seperti kita.
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
Terlalu banyak perkara didunia yang berlaku diluar duga kita. Ketentuan dari Ilahi. Tapi tak semuanya kita boleh berserah pada Yang Maha ESA. Kita telah disuruh berfikir dan berusaha. Kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir.
Foto oleh : Shah (Sony Ericsson K800i)
>>>>>>>>>> Wedding pictures? click here http://indahpandang.fotopages.com<<<<<<<<<
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jun-2008 03:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pemeriksaan Gigi, berapa kerap anda melakukannya?
|
|
Gambar dah lama, saja nak tempek...
Foto oleh: Shah
Ni masa isteri ngadu sakit-sakit gigi. Alang-alang dah duk kat Pusat Kesihatan, saya terus tanya kat doktor nak buat pemeriksaan gigi. Nasib baik doktor tgh free, terus dia ajak masuk bilik pemeriksaan.
Foto oleh : Shah
Yang pakai baju biru tu Dr. Hamidah dan yang nurse gigi tu Pn. Ropidah.
Foto oleh : Shah
Isteri saya sakit pasal gusi dia dah ada 'plak'. Jadi, doktor pun cuci la sampai bersih. Pastu gigi pun dah putih dan bersinar... tak perlu lagi guna ubat gigi Fresh & White. Terima kasih kepada Dr. Hamidah dan Ropidah serta Pusat Kesihatan USM, Pulau Pinang...
Foto oleh : Marni
Semalam (5hb Jun 2008), saya gi shoot pengantin kat Kg. Keladi, Kulim. Best, pasal dapat pengalaman baru. Nak tau apa? klik kat sini http://indahpandang.fotopages.com
Kehidupan sebagai fotografer ni seronok sebenarnya... Boleh jumpa pelbagai jenis orang dengan pelbagai ragam dan karenah.
Saya suka bekerja dengan orang yang enjoy dengan sesi. Saya tak berapa suka apabila saya terpaksa bawa mood enjoy kepada pengantin yang kurang enjoy dengan sesi fotografi. Sebab, apabila seseorang mengupah fotografer, dia patut dah tahu apa yang perlu dilakukannya. Bergembira dengan setiap momen dalam majlis dan beri aksi gembira tu di hadapan kamera. Rugi kalau muka masam depan kamera, lepas tu nak persalahkan fotografer pula pasal gambar muka dia tak cantik...
Perkara ini telah membuatkan saya tergerak hati untuk menulis satu ebuku pasal panduan di hadapan kamera semasa majlis perkahwinan. Jadi, kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi idea dan pandangan bolehlah email kepada saya shahmar_5003@yahoo.com.
Saya rasa cukup setakat ini, hubungilah saya jika anda berminat mengambil saya sebagai fotografer perkahwinan dan untuk sesi fotografi anak-anak anda pun boleh... tepon la saya 012-5055003, 019-4633007.
>>>>> more wedding picture at http://indahpandang.fotopages.com<<<<<<
|
|
|
|
|